MATSUYUKI

Holla..Mesti pelik menatang ape lah matsuyuki ni.. ada yang tahu ada yang tak lah..  nak show off sat ni, hubby baru belikan machine jahit MATSUYUKI & course jahitan selama setahun.. happy nye.. Yang best nye pasal machine ni, die 3 dalam1.. nama je 3 in 1 tapi 10 jahitan pun boleh buat.. product from japan. and hari selasa haritu rasanya hari bertuah scha agaknya sebab dapat package VIP dari kementerian kewanitaan.. So pada yang dapat package ni memamg tak rugi lah sebab bila dapat kad VIP automatik seluruh family boleh join amik kursus ni secara percuma. Kalau berkira memang aku mintak sikit lah bayaran dari dorang kan sebab aku yang bayo bulan-bulan selama tempoh kursus aku ni, tapi dorang syok-syok lak nak join secara percuma kan..hahah tapi tak pe, family yang berjasa je aku tulun..lalala~

Lagi satu benefitnye, lepas belajar ni, boleh lah amik tender bisness dari kementerian, so kalau kementerian nak buat baju t-shirt or aything lah boleh kita buatkan..FYI, scha ni suka design baju sendiri..kalau tipa kali raya mesti nak design baju then hanta jahit.. tapi tu lah kan kadang-kadang anta kat tailor pun dorang tak dapat penuhkan citarasa ni. maklum lah a bit fussy. So dats y lah nak beli sgt machine ni.. nasib baik hubby belikan..hehehe

Ada gak lak planning ngan hubby nak belajar menjahit then berhenti kerja buat bisness sendiri jek..nasib baik lah ada minat menjahit ni kan..btw, thank you hubby sebab belikan machine MATSUYUKI World No.1 ni..LOve you so much..Miow~ :-p


CUCUR TUNA MAYONNAISE

Haa..petang td sambil si en.husben saya tengah layan ps3 ngan adik ipar die scha pun pening2 pikir ape nak buat.. rasa cam nak masak tapi xde idea,,selalunya kalau petang orang buat cucur kan. so kali ni scha buat cucur but ubah isi kandungan nye sedikit. Cucur yang isi dalamnya ada Tuna Mayonnaise. Scha mmg suke reka2 sikit apa nak masak. Suka kan benda pelik tapi lastly menjadi.. En,Husben pun suke bebenor makannya td..apa lagi jum tengok resepi kat bawah nun..

BAHAN-BAHAN
Tepung Gandum
Tepung penaik
Daun Kucai
Cili Padi
1 Tin Kecil Tuna Mayonnaise
Telur
Daun Parsley
Garam

Cara-cara die xkan xtaw kot??? haruslah dicampurkan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul, makesure air jangan terlebih. Panaskan minyak dan mule lah menggoreng...


NI LAH HASILNYA CUCUR TUNA MAYONNAISE VERSI SCHA ........TADAAAAA.....(-:





OOPPSS .. Masa tengah makan tadi tetiba lak teringatkan cheese saya.. awok ni hantu cheese sebenornye..  ha tu die tampai cheese cam tu je kat atas.. sempoi kan.. So cube lah..(-:



SARDIN OH SARDIN

Ni scha nak shared sikit resepi sardin... Sardin ni masa kecik2 mak ke pengasuh scha ke suka masak sardin yang warna merah tu..Sardin yang macam tu normally dorang tumis ngan basic bahan2 masakan.. So scha nak ubah sikit taste die, resepi sardin scha ada 5 types, kalau nak tahu ushar bawah :

SAMBAL SARDIN

Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Kering
*Kesemua bahan di atas kena blander

1 x Tin Sardin
Minyak masak
Asam Jawa
Limau nipis/Kasturi/Purut

Cara-caranya :

Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang dah di blander tu. Tunggu sehingga garing baru letak sardin ke dalam.. Scha x suka campurkan sekali sos sardin tu sebab hanyir. Lepas tu masukkan sedikit air asam jawa & juga perahan limau and lastly baru lah garam secukup rasa..


SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI


Bawang Besar
Bawang Putih
Kunyit Hidup
Cili Padi
Halia
** Bahan atas ni kena tumbuk atau blander kalau nak cepat..
Serai - Ketuk
Santan
Belimbing Kecik (halamak xingat nama belimbing tu..hehe)
Asam Jawa

Cara-caranya:

Panaskan Periuk dengan santan & bahan-bahan tumbuk & blander, Serai seperti di atas, Kemudian belimbing, Asam jawa sedikit & garam. Last sekali masukkan Sardin without Sauce ya..Basuh dulu sardin tu dengan lembut..


SARDIN & DAUN KARI


Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Padi
*Hiris
Daun Kari
Cili giling

Minyak
Limau Nipis/Kasturi/Purut

Cara-caranya:

Panaskan minyak kemudian masukkan bahan untuk tumis, sampai naik bau terus masuk cili giling & daun kari. perahan limau tu sedikit je sebab xnak masam sangat nanti xrasa daun kari sgt.. Last sekali masukkan sardin tanpa sos k. Siap untuk dihidangkan..

SARDIN ASAM PEDAS


Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Kering
Halia
*Kesemua bahan di atas kena blander

1 x Tin Sardin
Minyak masak
Asam Jawa
Limau nipis/Kasturi/Purut
Belimbing kecik
Daun Kesum
Halia-Ketuk
Serai-Ketuk

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 blander, sampai garing masukkan air asam jawa,perahan limau sedikit, Sedikit air, dan masukkan halia,serai yang telah di ketuk,daun kesum bersamaan belimbing kecik. Sardin without sauce masukkan & last sekali garam secukup rasa. Nak lagi sedap apa yang kita masak tu letak lah rencah perasa sedikit.



SARDIN MASAK KICAP


Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Padi
*dihiris
Cili giling
Minyak
Asam Jawa
Kicap

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 hirisan, masukkan cili giling (ikut korang nak pedas ke ape sebab scha mmg suka makan pedas,kalau xpedas hanyir+ nak muntah je rasa tekak ni)
Kemudian masukkan kicap & air asam sedikit and last sekali baru garam & juga sardin tanpa sosnya...



Itu sahaja buat malam ni..nanti scha shared lagi ok .








CADBURY

Jum LIKE di facebook & menangi hadiah menarik !

With #ChurpChurp, social media means kaching for you!

With #ChurpChurp, social media means kaching for you!

SQUID IN DRIED CHILLI

Balik keje dah lambat kul  6 lebih hubby amik tadi, sampai umah mertua pukul 6.45pm, jam teruk lah kl..semak kepalo den ni.. dah lah kena ulang alik ke Mindef (rumah mertua) selama seminggu sbb mertua g outstation. Sbbnya scha kena jaga adik2 ipar kena masak bagi makan minum, untung lah aku ni mmg hobi suka masak ha.. Balik2 je tanpa berlengah masa scha terus ke dapur cairkan sotong yang dalam freezer tu..
 So nak resepi x? ushar kat bawah :

Sotong - 10 ekor 
*Basuh & buang segala kotoran, kulit xnak, yang suka kulit suka hati korang lah janji sedap bile makan kn..haha
*Apa lagi, rebus lah bagi air sotong tu kuar.. pada yang suka cara xnak rebus pun terpulang pada anda.. ikut cara masing2..

Bahan-bahan blander :
Cili kering 15 tangkai
*gunting kecil, senang bile basuh biji2 kuar sekali..xelok makan biji cili ni nanti kena apendix ye..
*5 tangkai lepas gunting half asingkan untuk menumis.
Bawang besar 2 biji
* 1 untuk hiasan hiris besar and 1 untuk blander
Bawang putih 6 biji
*2 biji untuk hiris & tumis and yang lain untuk blander
Halia 1/2 inci
*1 untuk hiris & tumis and 1 untuk blander

Kicap soya

Cara-caranya :

panaskan minyak, masukkan bahan tumis iaitu halia,bawang putih & cili kering yang 5 tangkai tu, agak2 dah naik bau masukkan pulak bahan blander. Tumis sampai garing.

masuk air sikit and kicap soya. pas tu sedikit gula & garam secukup rasa.

siap untuk dihidang kan bersama seisi keluarga..

Good Luck Dear.. 

**Gambar tadi xsempat nak snap sebab perut tadi dah lapar gile so sental makanan dulu..gambar tu lain kali je lah..hehe 


ke- bizian

lama x update blog ni kan.. by the way, "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" kepada yang sudi singgah blog scha yang x seberapa ni..

Malam ni tetiba nak on blog & fb sebab esok scha saturday off.. Ahad offday.. Dats Y boleh tido lambat harini..Hubby plak tengah study untuk amik exam kapal die tu..So ada masa sket nak layan blog..haha xde orang nak kacau ..

FYI, Ahad ni 9th September after zohor scha buat open house.. Menu "SPAGHETTI " && " CUPCAKE CHOCOLATE CHEESE" . Recipe later la eyh..penat lak nak menaip pepanjang ni..sebab posisi menaip tngah xbetul.. sakit tengkuk..adeh! >.<"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...